Media Rangkaian (Wayar Pasangan Berpintal Tanpa Bertebat - UTP)

    Dalam penggunaaan rangkaian, antara media yang digunakan didalam persekitaran sesebuah rangkaian ialah wayar koaksial. Selain itu, tutur digunakan secara meluas sebagai media rangkaian ialah wayar pasangan berpintal iaitu wayar pasangan berpintal tanpa bertebat(Unshielded Twisted Pair-UTP) dan wayar pasangan berpintal bertebat(Shielded Twisted Pair-STP).

    Wayar pasangan berpintal adalah antara media yang dipergunakan untuk sekian lama dalam dunia komunikasi, khususnya dalam pembangunan prasarana talian telefon. Wayar ini dikenali sebagai wayar berpintal kerana wayar tersebut dipintal secara berpasang. Ia dipintal adalah untuk mengurangkan gangguan unsur bunyi serta anasir luaran yang tidak dikehendaki.

    Jika dibandingkan wayar STP, wayar UTP merupakan pilihan utama serta lazim digunakan.Wayar ini menawarkan jenis kabel dalam beberapa kategori. Setiap kategori mempunyai keupayaan untuk membawa laluan serta muatan data yang berbeza. Kemampuan serta jenis kategori sekaligus kosnya ditentukan oleh kepadatan pintalannya. Lebih padat pintalannya,maka lebih tinggilah kemampuannya dan sekaligus kosnya juga. Keupayaan dan kemampuannya dipiawaikan serta ditetapkan oleh sebuah badan industri antarabangsa iaitu EIA/TIA (Electronic Industry Association / Telecommunication Industry Association).

    Kategori 1 UTP adalah jenis kategori yang paling rendah kemampuannya. Ia sekadar berupaya membawa data berbentuk suara. Kategori 2 pula berupaya membawa laluan data sehingga 4 Mbps dan menyokong teknologi rangkaian 'Local-Talk'. Manakala kategori 3 adalah jenis kategori yang menyokong pembawaan data sehingga 10 Mbps serta menyokong teknologi rangkaian berasaskan Ethernet. Kategori ini turut menyokong teknologi berasaskan Cincin Token (Token Ring) yang berupaya membawa laluan data sehingga 4 Mbps. Kategori seterusnya ialah kategori 4 yang berupaya membawa laluan data sehingga 20 Mbps serta menyokong teknologi berasaskan rangkaian seperti 16 Mbps Cincin Token(Token Ring). Kategori terakhir iaitu kategori 5 merupakan kategori yang mendapat penerimaan yang besar di kalangan pengguna rangkaian. Lebih-lebih lagi dengan kemampuan laluan datanya, ia berupaya membawa laluan data sehingga 100 Mbps.

    UTP berlainan daripada wayar koaksial, ia menggunakan penyambung khusus yang dikenali sebagai penyambung RJ-45. Penyambung ini samalah seperti penyambung yang kita lihat biasa digunakan pada talian telefon di kediaman ataupun pejabat kita. Antara kelebihan serta kebaikan menggunakan media UTP sebagai media pilihan dalam membangunkan sebuah persekitaran rangkaian adalah kerana ia mudah dipasang, murah serta dapat dekendalikan secara berkesan. Namun, ia turut mempunyai beberapa kelemahan serta kekurangan. Antara kekurangan ialah ia terbuka kepada ganguan anasir serta unsur luar seperti bunyi dan cahaya. Ia juga agak terhad dari segi kemampuan menyokong lokasi geografi yang luas.

    Kabel adalah medium melalui maklumat dan selalunya bergerak dari satu peranti rangkaian ke satu peranti rangkaian yang lain. Terdapat beberapa jenis kabel dimana ia selalunya digunakan di kawasan rangkaian tempatan. Dalam beberapa perkara, satu rangkaian akan hanya menggunakan satu jenis kabel sahaja, manakala rangkaian yang lain akan menggunakan pelbagai jenis kabel. Jenis-jenis kabel yang dipilih untuk sesuatu rangkaian adalah berdasarkan kepada topologi rangkaian, protokol dan saiz. Pemahaman tentang perbezaan bentuk dan sifat kabel dan bagaimana ia boleh menghubungkan kepada aspek rangkaian adalah perlu untuk pembangunan ke atas rangkaian.





Previous
Prev
Home
Home
Next
Next

Distributed by ARC & Angahz